Wednesday, August 11, 2010

TOUCHING

Semalam  mummy ingat nak rahsiakan kewujudan Blog ni dari pengetahuan daddy. Tapi serba salah pula... so nak tak nak mummy bagaitau la. Lagipun dah takde rahsia antara kita kan sayang..:)

Btw mummy tak sangka pula yang kata-kata mummy dalam Blog ni boleh buat kan dady 'touching'... urrmm, i'm just telling what i feel sayang. Sometime we need space for spitting out of what we feel. So, mummy rasa this the best way for me to do that.

Lagipun, if one day mummy dah takde... daddy boleh baca Blog ni untuk mengenang kembali apa yang telah kita lalui selama ini. Suka... Duka... macam-macam sayang. Penuh dengan pelbagai cabaran. Dan itulah yang mematangkan kita. Yang membuatkan kita jadi lebih rapat.

Daddy ingat tak dugaan yang paling mencabar dalam hubungan kita selama hampir 3 tahun ni??? Urrmm... mummy tak nak ingat dah apa yang berlaku, tapi sebagai pedoman, mummy akan sentiasa jadikan pengajaran. Kita sama-sama sengsara kan sayang... konon nya tak apa, tak kisah... masing-masing cuba tabahkan diri. Tapi sebenarnya kita sedang cuba menipu diri kita. We need each others for the happiness sayang.

Biarlah semua tu berlalu, mummy tetap disini untuk daddy. Sampai bila-bila. Kasih sayang mummy tak pernah surut untuk daddy. Andai mummy dapat undurkan waktu, mummy nak daddy jadi hak mummy seorang sampai bila-bila.


Apapun, mummy dah bersyukur sangat-sangat. Kehadiran daddy banyak merubah hidup mummy. Thanks for loving me sayang. Always... :)




DADYMUMMY'S

No comments:

Post a Comment