Tatkala daddy masih dibuai mimpi... mummy sudah tak mampu untuk lena lagi... Hari ini, mummy ada interview... jawatan yang selama ini mummy idam-idamkan. Namun hati mummy kosong... Pergi semata-mata untuk mencuba nasib, jauh sekali untuk mengharap. Kerana mummy telah pasrah.
Dan sokongan serta kata-kata semangat selalu ada bila mummy rasa kecewa... tapi kini semuanya tiada. Hanya bertemankan pen... mummy melangkah. Mummy perlu tabah kerana ini adalah keputusan mummy.
Biarpun selama ini mummy tiada tempat dihati daddy... sekadar menjadi insan ke 3... tapi bagi mummy ianya amat bermakna. Mencintai daddy membuatkan hati mummy terus berbunga... dan telah tiada ruang untuk cinta lain lagi.
Tapi apakan daya, semua ini bukan milik mummy lagi. Harapan mummy agar daddy terus bahagia dengan kehidupan baru daddy.
Soal hati mummy bukan lagi persoalan... keadaan mummy bukan lagi tanggungjawab daddy. Mulai hari ini, mummy takkan biarkan daddy terus mengikuti kisah hidup mummy lagi. Biarkan segalanya bernoktah tanpa persoalan.
DADYMUMMY'S
No comments:
Post a Comment